Sekam Padi Halus | 48kg
RM25.00
255 sold
Penerangan
Sekam Padi Halus 48kg – Berkualiti Tinggi untuk Ternakan & Pertanian
Sekam Padi Halus 48kg adalah bahan sampingan padi yang telah diproses menjadi lebih halus, ringan dan bersih. Produk ini sangat sesuai digunakan dalam industri penternakan dan pertanian kerana sifatnya yang menyerap lembapan dengan baik serta membantu mengekalkan persekitaran yang lebih kering dan selesa. Dibekalkan dalam kuantiti 48kg, ia sesuai untuk ladang kecil hingga komersial.
Kebaikan Sekam Padi Halus
- Serapan lembapan yang tinggi – membantu mengurangkan bau ammonia dan persekitaran lembap.
- Ringan & mudah digunakan – senang ditabur dan dikendalikan.
- Menjimatkan kos – alternatif bedding yang ekonomik.
- Mesra alam – bahan semula jadi dan mudah terurai.
- Membantu kebersihan kandang – kurangkan risiko penyakit akibat kelembapan.
Kegunaan Untuk Ternakan
Sekam padi hancur boleh digunakan sebagai sumber serat alternatif dalam campuran makanan ternakan, terutamanya untuk ternakan ruminan seperti:
Lembu
Kerbau
Kambing
Ia biasanya dijadikan bahan campuran dalam konsontrat bagi membantu:
- Menambah kandungan serat kasar
- Menyeimbangkan struktur makanan
- Alternatif kos rendah kepada sebahagian bahan campuran
Nota Penting:
Bukan makanan utama ternakan
Tidak menggantikan dedak padi atau makanan komersial lengkap
Digunakan dalam kadar campuran terkawal sahaja
Untuk ayam dan itik, penggunaan hanya sesuai sebagai campuran tambahan dalam kuantiti kecil.
Kegunaan Untuk Tanaman
Sekam padi merupakan media tanam yang sangat sesuai untuk penanaman bunga, sayuran dan pelbagai jenis tanaman. Struktur berpori membantu memperbaiki sistem tanah dan saliran air.
Kebaikan Sekam Padi:
Menggemburkan tanah
Melancarkan saliran air
Mengekalkan kelembapan tanah
Menggalakkan pertumbuhan akar baru
Mengandungi unsur kalium yang baik untuk tanaman
Sesuai digunakan sebagai campuran tanah pasu, batas tanaman, nurseri dan projek landskap.
Maklumat tambahan
| Berat | 48 kg |
|---|





