TENTANG KAMI

Pembekal & pemborong makanan ternakan bumiputera terbesar di Utara


Ditubuhkan pada 2018 dengan nama SBS Agroternak Trading, pemilikan tunggal bumiputera oleh seorang siswazah dari Universiti Malaysia Perlis. Bermula dengan jualan secara runcit pelbagai jenama makanan ternakan di kawasan Sungai Petani, kemudian berkembang dengan jualan secara borang di sekitar utara dan seterusnya ke seluruh negara.
Pada tahun 2020, kami telah mengeluarkan produk berjenama sendiri dibawah jenama SBS, bermula dengan makanan lembu diikuti dengan makanan kambing dan seterusnya dengan makanan ayam kampung. Kami komited untuk menghasilkan makanan haiwan lain, dan pada tahun yang sama kami telah melancarkan makanan kucing dibawah jenama SBS Pro.
Atas faktor harga yang berpatutan serta kualiti yang terjamin, maka produk keluaran kami telah mendapat sambutan diseluruh negara. Bagi memastikan perniagaan berkembang seiring dengan permintaan produk, maka pada tahun 2021 kami telah menukar nama syarikat kepada SBS Agroternak Sdn. Bhd. Kami sentiasa memastikan produk-produk kami boleh diterima dipasaran terbuka dan berdaya saing.
Kini kami telah mempunyai 1 cawangan baru di Kuala Ketil, Kedah dan berhasrat untuk mengembangkan lagi cawangan disetiap daerah di utara Semenanjung. Ini bagi memastikan produk-produk kami lebih mudah untuk didapati dimana-mana sahaja pada harga yang seragam.

Kami akan lakukan yang terbaik untuk pelanggan kami.

VISI
Untuk menambahkan senarai produk kami pada masa hadapan dengan sentiasa berinovasi melalui kajian dan pembangunan produk yang berterusan.


MISI
Untuk memastikan bekalan makanan ternakan yang bermutu tinggi sentiasa mencukupi dan pada kadar harga yang berpatutan.

Scan the code