Khasiat Susu Kambing

Susu kambing boleh meningkatkan IQ dan EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi. Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh menjadi susu alternatif sekiranya tiada susu ibu.

Bagi mereka yang meminum susu kambing, dia dapat 80 antibodi, IQ tinggi dan EQ stabil. Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain. Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

Keistimewaan Susu Kambing:
Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing:
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dan dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:
a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.
d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Scan the code