Panduan Penternakan Lembu Pedaging

Panduan Penternakan Lembu Pedaging

PENDAHULUAN

Seorang penternak biasanya menternak tidak lebih 5 ekor lembu. Ternakan itu dianggap sebagai satu tabungan untuk mendapatkan wang di mana terdesak atau untuk kegunaan kenduri perkahwinan anggota keluarga penternak tersebut.

Apabila jumlah lembu telah melebihi 20 ekor, aktiviti penternakan secara sambilan terpaksa ditukar kepada usaha sepenuh masa. Usaha komersial seperti ini semakin popular ketika ini kerana ianya terbukti mempunyai daya maju dan sangat menguntungkan.

Tujuan menternak lembu pedaging ialah:

  • untuk mendapatkan hasil daging
  • untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau pendapatan tambahan.

Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan memberikan hasil yang lumayan.

BAKA LEMBU PEDAGING

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

  • Kedah Kelantan (K-K)
  • Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  • Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
  • Local Indian Dairy (LID)
  • Droughtmaster

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

  • Hereford
  • Angus
  • Charolais
  • Shorthorn
  • Simmental

Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

  • Kacukan Komersial dari Australia Kacukan Friesian Sahiwal
  • Droughtmaster
  • Kacukan Pedaging KK
  • Kedah Kelantan
  • Brahman
  • Local Indian Dairy

Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

Droughtmaster

Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

Kacukan Pedaging K-K

Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari bakabaka pejantan bermutu yang diimport.

Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg.

Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 – 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya

OBJEKTIF PEMELIHARAAN

Pembiakan dan Pembaikbiakan

Penternakan jenis ini ialah pemeliharaan lembu betina dewasa yang apabila matang akan dikahwinkan dengan menggunakan lembu jantan atau dengan permanian beradas. Dengan pengurusan yang baik, anak lembu dapat dihasilkan setiap tahun. Penternakan jenis ini menghasilkan anak betina yang akan dijual untuk pembiakan semula, dan anak jantan untuk digemukkan dan dijual untuk daging.

Pembesaran/Penggemukan

Pemeliharaan anak jantan secara lebih intensif untuk mendapatkan lembu yang besar dalam masa yang singkat. Di sini, pembesaran perlu cepat dengan perbelanjaan yang minimum bagi memperolehi keuntungan yang lebih. Hasil penternakan ini ialah lembu gemuk untuk disembelih dan dijual untuk daging.

AKTIVITI PEMBIAKAN

Pengurusan

Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu.

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

Cara meragut lepas bebas

Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;

  • selalu merosakkan tanaman orang lain
  • kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
  • makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
  • perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Cara Berkurung atau Fidlot

Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya.

Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 – 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang.

Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

Cara Separa Intensif

Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu.

Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Panduan Perumahan

Pembinaan Kandang

Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untok seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.

Palung Makanan dan Minuman

Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiaptiap seekor. Beberapa jenis palung makanan dan minuman boleh digunakan. Beberapa contoh ada ditunjukkan seperti di Lampiran 3.

Pasung/Trevis

Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta

Makanan dan Air Minuman

Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 – 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal.

Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Dedak makanan lembu pedaging yang popular pada harga yang mampu beli. Sesuai untuk lembu tenusu dan pembaka
Dedak lembu 707

Kawalan Kesihatan

Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi mengatasinya, jauhkan

lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali.

Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan.

Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:

Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

  • tidak ada selera makan
  • pucat
  • keluar lendir/air dari mulut atau hidung
  • berak cair
  • berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.

Kaedah Pembiakan

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

Di antara tanda-tanda berahi ialah:

Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.

Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

  • Sentiasa berbunyi bising.
  • Kemaluan merah dan membengkak.
  • Keluar lendir dari kemaluan.
  • Panjat memanjat sesama sendiri.
  • Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

Penjagaan Lembu Bunting

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang.

Di antara tanda-tanda lembu hampir akan melahirkan anak ialah :

Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan.

Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

Labu tetek membesar.

  • Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
  • Pangkal ekor kendur ke arah tulang punggung yang menjadi renggang.
  • Bibir kemaluan membengkak.
  • Sentiasa gelisah.
  • Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain

Penjagaan Selepas Kelahiran

Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya.

Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesubUran sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat.

Anak-anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

Penjagaan Anak Membesar

Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak.

Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.

Menjual Ternakan

Hasil dari penternakan secara pembiakan ini adalah berupa jualan lembu singkiran untuk disembelih, lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya atau anak muda jantan untuk dijadikan lembu pengganti.

CIRI-CIRI PEMILIHAN BAPA UNTUK BAKA

Memilih baka boleh dibuat melalui rekod iaitu:

  • Terbukti hasil daripada bibit (induk) den bake (pejantan) yang balk.
  • Tidak terlalu garang.
  • Bibit den bake tidak pernah terjangkit penyakit merbahaya.
  • Baka pejantan mempunyai nilai kebakaan yang balk, seperti air mani yang balk dan bertenaga.
  • Terbukti menghasilkan anak-anak yang bermutu.

Bergantung kepada jenis lembu, umur pembiakan baka biasanya melebihi 2 tahun.

Keadaan tubuh badan lembu baka yang akan dipilih, iaitu:

  • Sihat den padat tuboh badan.
  • Kaki terutamanya kaki belakang yang kuat den tegap.
  • Kedua-dua buah zakar (testis) yang same besar, padat den tidak labuh.
  • Mempunyai nafsu berahi (libido) yang balk.
  • Kuku yang baik

Kualiti air mani juga boleh digunakan sebagai care pemilihan. Air mani yang balk mempunyai kepekatan atau kandungan sperma yang tinggi den tidak banyak sperma
yang cacat.

AKTIVITI PENGGEMUKAN

Asas Pengetahuan Penternakan Ruminan

Asas pengetahuan penternakan ruminan boleh diperolehi dengan mengikuti kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Disamping itu ciri keusahawanan ternak yang patut dimiliki adalah :

Modal

Memiliki modal, yang boleh diperolehi melalui beberapa punca seperti berikut

  • Modal Sendiri
  • Pinjaman
  • Baka Ternakan

Pengalaman JPV mendapati baka ternakan lembu yang paling sesuai, terutamanya apabila baru hendak memulakan projek PINTAR, ialah baka Kedah-Kelantan (KK).

Spesifikasi ternakan lembu KK yang sesuai adalah seperti berikut:

Jadual 1

PerkaraBerat BadanUmur
Induk180 – 250 kg18-36 Bln
Pejantan250 – 300 kg36-48 Bln
  • Minat terhadap bidangusaha ternakan.
  • Berpengalaman dalam bidang penternakan lembu pedaging.
  • Berfikiran positif.
  • Mempunyai keyakinan diri.
  • Memahami asas untung-rugi projek.
  • Bank.
  • Koperasi.
  • Jabatan Perkhidmatan Haiwan (PINTAF).
  • Dana TRUST.
  • Rakan Kongsi.

Sumber makanan semulajadi yang terdapat dengan banyaknya

Ternakan lembu yang sihat dibawah tanaman sawit

Setelah menternak selama tiga atau empat tahun,baka asas ini boleh dipertingkatkan dengan mengacukannya dengan lain-lain baka pedaging, seperti Baka Brahman, Nellore atau kacukan lain.

Ciri-Ciri Kesesuaian Ladang

  • Luas kawasan sawit (minimum) 400 hektar.
  • Sebagai panduan asas, tanaman sawit berumur tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 15 tahun.
  • Tiada ternakan ruminan lain yang berkeliaran berhampiran atau dalam kawasan sawit yang hendak digunapakai untuk projek.
  • Kawasan di bawah sawit mempunyai rumpai (makanan lembu) yang mencukupi.
  • Kawasan berbukit-bukau dan kecerunan melebihi 450 tidak digalakkan, kecuali yang berteres.
  • Sebahagian besar kawasan tidak mudah ditenggelami air terutamanya pada musim tengkujuh.
  • Kawasan projek tidak dikategori sebagai tanah gambut.
  • Tidak bersempadan dengan hutan simpan dimana diketahui terdapatnya binatang buas seperti harimau

Kesesuaian tanaman kekal seperti di atas boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti berikut :

Ladang Persendirian

Kebiasaannya kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh tuan punya ladang. Manakala Felda berpeneroka yang mempunyai kawasan yang kecil bagi setiap pemilik mestilah mengamalkan sistem blok sehingga mencukupi kawasan yang diperlukan.

Ladang Swasta

Kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh swasta. Ladang swasta yang tidak menjalankan projek PINTAR dan membenarkan pihak lain mengguna, hendaklah memberi kebenaran bertulis kepada pengusaha yang berminat melalui perjanjian yang dipersetujui bersama. Perkara-perkara seperti kadar sewa tahunan, komisyen jualan ternakan dan keselamatan ternakan perlu diputuskan melalui perjanjian.

Ladang Kerajaan

Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau Ladang sawit yang sesuai (umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

Baka KK( Kedah-Kelantan) adalah baka yang paling sesuai untuk sistem intergrasi

Ladang sawit yang sesuai ( umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka Chat
Scan the code
Hi saya Syamil 👋
Apa yang boleh saya bantu anda?