Sekam Padi Kasar | 20Kg
RM12.00
58 sold
Penerangan
Sekam Padi Kasar – Media Tanaman & Sumber Serat Alternatif untuk Ternakan
Sekam Padi Kasar ialah kulit padi semula jadi yang belum diproses halus, sesuai digunakan dalam sektor pertanian dan penternakan. Produk ini popular sebagai media tanaman kerana struktur berpori serta boleh digunakan sebagai sumber serat alternatif dalam campuran makanan ternakan tertentu.
Kegunaan Untuk Tanaman
Sekam padi kasar membantu memperbaiki struktur tanah dan sistem saliran, menjadikannya pilihan sesuai untuk penanaman bunga, sayuran dan pelbagai jenis tanaman.
Kebaikan Sekam Padi Kasar:
-
Menggemburkan tanah dan meningkatkan porositi
-
Melancarkan saliran air
-
Mengekalkan kelembapan tanah
-
Menggalakkan pertumbuhan akar baharu
-
Mengandungi unsur kalium yang baik untuk tanaman
Sesuai digunakan sebagai campuran tanah pasu, batas tanaman, nurseri dan projek landskap.
Kegunaan Untuk Ternakan
Sekam padi kasar boleh digunakan sebagai bahan campuran sumber serat alternatif dalam formulasi makanan ternakan, terutamanya untuk ternakan ruminan seperti lembu, kerbau dan kambing.
Fungsi dalam makanan ternakan:
-
Menambah kandungan serat kasar
-
Membantu keseimbangan struktur makanan
-
Alternatif kos rendah dalam campuran konsontrat
Nota Penting:
-
Bukan makanan utama ternakan
-
Tidak menggantikan dedak padi atau makanan komersial lengkap
-
Digunakan dalam kuantiti terkawal sahaja
Untuk ayam dan itik, penggunaan hanya sesuai sebagai campuran tambahan dalam jumlah kecil.
Maklumat tambahan
| Berat | 20 kg |
|---|
